Monday, October 31, 2005
Medan Info Desa

Dengan segala sukacitanya dimaklumkan Kok Pasir telah dicalonkan untuk menjadi tempat pilihan untuk didirikan Medan Infodesa di daerah Tumpat. Kampung-kampung lain yang turut dicalonkan ialah Kg. Morak, Kg. Menjual, Kg. Teluk Jering, dan Kg. Kajang Sebidang.

Lawatan Pasukan Inspektorat Ke Kg. Kok Pasir akan diadakan pada 16 November 2005 jam 8.30 pagi.

Pegawai yang akan hadir ialah En. Motada bin Ismail dari KEMAS Johor dengan diiringi Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Kemas Tumpat.

Sama-samalah kita doakan agar Kok Pasir terpilih sebagai tapak untuk didirikan Medan Info Desa.
Kepada warga Kok Pasir sekelian , marilah kita berkerja keras untuk ini, kerana ini adalah satu peluang ICT yang terbaik untuk kita.

Kalaulah kita terpilih , hasrat kita selama ini untuk memperkayakan maklumat kepada penduduk kampung kita dan kampung sekitar ini seperti telah terlaksana.

Ediramle Ismail.
Setiausaha Biro ICT GDW Kok Pasir merangkap
Setiausaha Unit ICT Kawasan Rukun Tetangga Kok Pasir.





Posted at 04:08 pm by kokpasir
Make a comment  

Selamat Hari Raya

Selamat  Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam di mana saja berada. Semoga kita beroleh kemenangan. Islam mesti umat nombor satu. umat yang terbaik dalam semua segi kebaikan.

Maaf Zahir dan Batin.

Ediramle


Posted at 03:44 pm by kokpasir
Make a comment  

Friday, September 16, 2005
Kok Pasir Terima Hadiah

16 September 2005 bertempat di SK Berangan1, Tumpat, Kelantan. Pada majlis penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Penduduk Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan Ke-48/2005.

GDW Kok Pasir telah merima hadiah tempat pertama dalam pertandingan kampung sempena sambutan bulan kemerdekaan penduduk luar bandar Negeri kelantan.

Hadiah berupa projek berjumlah 15 ribu ringgit telah diterima oleh pengerusi GDW Che Mat Arifin bin Che Jaeh yang juga selaku PPM Mukim Kok pasir.

Posted at 09:04 pm by kokpasir
Make a comment  

Thursday, September 08, 2005
Pertandingan keceriaan Kampung

Pertandingan Keceriaan Kampung sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-48 tahun 2005

bertempat di Dewan Darul Hanan, Kok Pasir
pada 10 September 2005
jam 9.00 pagi.


Dikendalikan oleh GDW Kok Pasir.

Ediramle Ismail
Biro ICT GDW Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

Posted at 02:03 am by kokpasir
Make a comment  


Previous Page



   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed