Monday, October 31, 2005
Kok Pasir Menang Lagi

Berita yang mengembirakan semua penduduk Kok Pasir.
Berita diterima dengan rasminya bahawa Kok Pasir telah memenangi Tempat pertama dalam Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah Tumpat untuk tahun 2005.  Dengan kemenangan ini bermakna kok pasir telah menjuarai 4  pertandingan kebersihan dan keceriaan yang disertai sejak 2003.

Sebelum ini GDW Kok Pasir telah menenangi tempat pertama dalam pertandingan keceriaan kampung bersempena sambutan bulan kemerdekaan 2004 dan 2005 juga telah memanangi pertandingan desa cemerlang peringkat daerah Tumpat tahun 2003 dan 2005.

Tahniah kepada semua yang terbabit dalam menjayakan. Bagaimanapun kita perlu juga ingat yang kita masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menyertai pertandingan di Peringkat negeri yang bakal diadakan bila-bila masa saja daripada sekarang.

Mulai sekarang kita kena bersedia dengan sekuat tenaga untuk menang di peringkat negeri.  InsyaAllah.  Yang paling penting kita dapat wujudkan semangat kerjasama yang kukuh di kalangan penduduk kampung kita.

Ediramle Ismail,
Pusat ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.
31 Okt 2005.




Posted at 08:00 pm by kokpasir

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry



   

<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed